20180904

cara menjaga muka dengan baik

CARA MENJAGA MUKA DENGAN BAIK.


Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.



Di sini, Saheera akan kongsikan Tips2 penjagaan muka yang anda semua boleh amalkan.

  • Amalkan membasuh muka sewaktu pagi selepas bangun dari tidur, juga waktu malam selepas seharian berada di luar rumah atau menggunakan alat solek. Basuh wajah sabun wajah yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.

  • Cuci make-up dengan sebersih-bersihnya  dengan make-up remover untuk menanggalkan segala sisa-sia make-up.

  • Tak kira samada anda keluar rumah atau berada didalam rumah , seeloknya anda menggunakan pelembab muka dan selepas itu jangan lupa untuk menggunakan pelembab dan juga UV protection untuk melindungi wajah dari pancaran UV  untuk menggelakkan kulit wajah terbakar dan masaalah kedutan.

  • Elakkan membasuh wajah ketika wajah anda berpeluh dan sedang panas , tunggu seketika sehingga wajah benar-benar tidak berpeluh atau panas. Seeloknya cuci muka terlebih dahulu sebelum beriadah , jika berpeluh kemudian ia akan menggurangkan jumlah kotoran serta bacteria yang terkumpul.

  • Cuba elakkan memegang wajah anda dengan telapak tangan anda bila tangan tidak di cuci , semua sudah maklum yang telapak tangan kita penuh dengan kuman kalau tidak dicuci dengan bersih.

  • Scrub wajah anda seminggu sekali untuk menanggalkan kulit mati dan kotoran yang degil yang ada di kulit wajah. Ia mampu memberi kesegaran dan berikan kulit anda licin dan bersih dari sebarang noda.

  • Pakai masker seminggu sekali untuk memberi kesegaran di wajah.

  • Gunakan produk penjagaan wajah yang bersesuaian dengan kulit wajah anda. Pastikan produk yang anda pakai tiada bahan kimia yang boleh merbahayakan kulit wajah.

  • Minum air yang cukup sekurang-kurangnya 8 -10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah , lebih digalakkan melebihi 10 gelas.

  • Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurangnya 8 jam sehari agar kulit kita kelihatan segar sepanjang hari.

Mencari SkinCare yang Selamat, Terbukti, Berkesan?DISINI

Pemakanan yang baik juga bagus untuk kecantikkan kulit. Makanan tinggi protein membantu meningkatkan keanjalan kulit muka.

Baca: MANFAAT PROTEIN

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua mendapatkan kesihatan kulit muka yang lebih baik.
Jumpa di entri akan datang ya..




Luv

Saheera : 📲 http://SaheeraNoi.wasap.my

Id Shaklee: 1241112

Pengedar Shaklee Bebas

Area Tambunan-Ranau Sabah


PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP.

COD AREA TAMBUNAN-RANAU SABAH


POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PUN BOLEH

"testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan"




















1 comment:

 LOW IMUN DAN MUDAH JATUH SAKIT? Why not amalkan suplemen Vitamin C sebiji sehari? PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE Ia terbukti melalui kajian bole...