20180107

..Kerna Redha Suami..



"Sayang suami kalau mau berjaya."

Pehh..bulih pakai ka ni caption. πŸ˜‚πŸ˜‚

Isteri kalau mau buat sesuatu kena minta izin suami. Biar kecil atau besar kena minta izin suami.

Dulu saya start bisnes, suami tanya betulkah boleh handle kerja hakiki, bisnes dan kerja2 di rumah.

Masa tu saya yakin saya boleh. Orang lain boleh takkan saya tidak boleh kan. Tengok orang lain senang jak buat. Macam tiada masalah.

Tapi betullah cakap orang, di sebalik kejayaan tu pasti ada suka dan duka bah kan.

Beberapa bulan start bisnes, saya mula lalai tugas di rumah. Saya terlalu fokus sama bisnes. Sampai suami suruh stop buat bisnes kalau masih macam ni.

Masa tu saya rasa tidak berkat betul apa saya buat selama ni. Saya mula pula buruk sangka sama suami sebab tidak sokong saya.

Jadi apa saya buat?

Masa saya berpantang anak ke2. Kebetulan handphone rosak. Saya ambil masa tu untuk atur semua plan saya dalam mengatur pembahagian masa.

1 bulan tu saya try bincang sama suami untuk plan masa akan datang. Saya sharing dia setiap benda yang saya mau buat dalam Shaklee.

Saya try sharing lembut sama dia tentang kebaikan produk Shaklee. Setiap kali dia mengadu masalah kesihatan, masa inilah saya ambil peluang untuk kasi cuba dia produk Shaklee.

Sebab kalau main surung2 ja tu vitamin, tidak dipandang bah. Bila dia sudah rasa sendiri kesan positif baru dia yakin.

Kalau dulu dapat bonus Shaklee saya tu saya diam2 jak. Sekarang sikit atau lebih saya bagitau juga suami. Setiap peningkatan bonus tu saya bagitau. Kongsi apa yang ada..😁

Suami selalu ingatkan saya supaya jangan tinggal solat. Lumrah manusia tidak boleh lari dari agama masing2. Kena patuh sama agama juga paling utama kan. Kalau tidak mau terpesong dengan kelalain dunia peganglah agama dengan teguh.

Alhamdulillah lepas saya atur balik planning saya, lepas saya ubah diri untuk lebih bijak handle masa2 kerja saya.

Baru rasa senang urusan saya. Suami sendiri nampak perubahan positif. Rasa berkat apa saja saya buat bila suami redha.

Inilah beza bila kita dapat redha suami untuk buat sesuatu.

So, isteri2 yang mau buat sesuatu tu, kena pikat hati suami dulu, minta restu suami, pastikan tugas sebagai isteri tu tidak terganggu.😊

Saya harap sharing saya ni dapat bagi inspirasi buat isteri2 yang mau terus berjaya dalam bisnes atau apa saja yang kita buat.😊

Ikhlas,
Isteri kuat bisnes.


20180104

Ucapan Tahun Baru 2018 😍






Assalamualaikum..
Rasanya belum terlewat untuk ucap Selamat Tahun baru 2018 kan..

Semoga tahun  ini, kita buat sehabis baik kita untuk realisasikan azam2 tahun baharu ni. Jangan ditangguh azam tu ya..😁😁

Sebelum tu mau perkenalkan diri juga, saya Saheera. Ibu kepada sepasang anak soleh solehah. Hazeem dan Husna.

Kerja jururawat, suami pula cikgu.
Di samping ada kerja hakiki, saya buat part time juga.  Mau tau part time apa kena tunggu posting seterusnya yaa..πŸ˜„πŸ˜„

Salam perkenalan semuanyaaπŸ˜„

Luv,
Saheera

SET DETOX SHAKLEE

SET DETOX  SHAKLEE : Untuk permulaan baharu yang sihat. Mengapa Perlu Detox? Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari pe...