20180423

Kebaikan senaman di awal pagi


 9 Sebab Untuk Bersenam Waktu Pagi





Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.
Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Jom baca 9 sebab senaman waktu pagi itu baik.

TIPS DIET MENGURANGKAN BERAT BADAN


Di sini saya ingin kongsikan 9 Sebab Untuk Anda bersenam waktu pagi.

1) Prestasi Yang Baik di Tempat Kerja


Senaman waktu pagi yang dijalankan secara rutin dapat membantu mengurangkan kadar tekanan di tempat kerja.  Ia membantu seseorang untuk fokus di tempat kerja dan menjalankan tugasan dengan baik. Ia membantu menyegarkan tubuh anda sepanjang masa.

2) Membantu meningkatkan kadar metabolism tubuh.


Ini bermakna tubuh berupaya membakar kalori dengan lebih cepat dan efisyen. Kajian juga menunjukkan bahawa bersenam di awal pagi dapat membantu seseorang memilih makanan yang sihat dan terbaik sepanjang hari.

3) Memperolehi kualiti tidur yang baik


Seseorang yang rajin bersenam di awal pagi akan mendapat tidur yang berkualiti berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Jika sudah menjadi rutin, secara automatic tubuh anda akan peka dengan jam waktu bangun pagi anda. Gelombang tenaga akan menghantar isyarat ke otak di mana siang untuk melakukan aktiviti dan malam untuk berehat. Ia juga membantu kesihatan emosi.

4) Senaman Waktu pagi lebih bermanfaat dan konsisten


Kajian menunjukkan senaman waktu pagi lebih mudah untuk konsisten berbanding waktu petang. Ini kerana ramai orang beralasan tidak mempunyai masa yang cukup. Melatih diri untuk bangun awal pagi bukanlah sukar. Lama-kelamaan ia akan menjadi rutin harian anda.

5) Hidup Lebih Cergas dan Bahagia Sepanjang Hari


Ia membantu mengurangkan tekanan. Isyarat diberikan kepada ‘endorphins’ iaitu sejenis bahan kimia yang meningkatkan mood serta mengurangkan kadar kesakitan. Ia membantu membina sesuatu yang positif.

6) Mengatur Pola Pemakanan


Senaman pagi juga mempengaruhi seseorang itu untuk mengatur pola pemakanannya sepanjang hari. Mereka akan terlatih untuk memilih hidangan yang menyihatkan dan seimbang.

7) Lebih Cergas dan Sihat


Lebih 90 peratus daripada mereka yang mengamalkan senaman pagi secara konsisten mempunyai rutin kecergasan yang baik.

8) Mempertingkatkan kesihatan mental


Membantu otak lebih sihat dan cerdas disamping menguatkan daya ingatan. Ia membantu pengaliran darah ke bahagian otak menjadi lancar. Otak menjadi lebih peka dan cerdas. Senaman juga membantu anda untuk lebih bergerak cergas di tempat kerja.

9) Rangsangan Tubuh yang Tetap


Jika waktu bangun pagi dan bersenam anda adalah tetap, sistem endoktrin anda juga akan dirangsang secara tetap. Tubuh anda sudah mempelajari perkara yang sama setiap hari. Tubuh akan bersiap sedia untuk memberikan isyarat bangun dan bersenam dalam tempoh beberapa jam sebelum mencelikkan mata. Ia membantu mengatur tekanan darah, degupan jantung dan aliran darah ke otot.

...
Lepas ni bolehlah ubah rutin untuk buat senaman pada waktu pagi.😊

...

Luv,

Saheera : 011 1955 5328

Id Shaklee: 1241112

Pengedar Shaklee Bebas

Area Tambunan-Ranau Sabah


PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP.

COD AREA TAMBUNAN-RANAU SABAH

POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PUN BOLEH


Testimoni Set Slimming Shaklee


Testimoni Set Slimming Shaklee


Testimoni Set Slimming Shaklee


Testimoni Set Slimming Shaklee


 "testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan"





10 comments:

  1. mau cuba jg ni tipss

    ReplyDelete
  2. wah tips yg berguna..tq

    ReplyDelete
  3. Bersenam penting untuk kekalkan kesihatan badan selain mengamalkan supplement

    ReplyDelete
  4. SupplementS and exercise is important .. Must do both

    ReplyDelete
  5. Jom exercise pagi

    ReplyDelete
  6. Selalunya awal pagi memang sibuk dengan rutin harian, so memang tak pernah nak buat senaman pagi. Lepas ni kena selitkan rutin bersenam pula di waktu pagi. 😊

    ReplyDelete
  7. Lama.nya sy ndak jogging pagi2

    ReplyDelete
  8. Wah bgitu rupanya 9sebab knp meeti bersenam

    ReplyDelete

 LOW IMUN DAN MUDAH JATUH SAKIT? Why not amalkan suplemen Vitamin C sebiji sehari? PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE Ia terbukti melalui kajian bole...