20180418

Makanan untuk naikkan Hb

MAKANAN UNTUK NAIKKAN HB IBU HAMIL


Alhamdulillah Saheera ucapkan kepada ibu yang sedang hamil saat ini.😊
Entri kali ni, Saheera akan kongsikan makanan yang baik untuk naikkan Hb ibu hamil. 
🌹🌹🌹
Kurang Hb atau kurang darah dalam bahasa medikalnya adalah anemia.
Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan.
Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. 
Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.
🌹🌹🌹
Untuk mengatasi masalah ini, ibu-ibu hamil boleh mencuba mengambil makanan seperti berikut untuk menaikkan Hb.

DAGING MERAH

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain. Barulah boleh tambah darah!

BROKOLI

Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan. 

PISANG

Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.

KEKACANG

Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia dan bagus untuk tambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan.


HATI AYAM

Mungkin tidak semua orang berselera memakan organ dalaman. Namun, hati adalah salah satu makanan paling tinggi zat besi. Menurut sumber, umumnya hati ayam (100gms) mengandung 9 mg zat besi. 

KUNING TELUR

Telur mengandung protein, kalsium, dan vitamin serta zat besi. Untuk kesan yang lebih baik, belilah gred telur elok dan diperkaya dengan Omega-3.
Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.

OAT

Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi.

BUAH DELIMA

Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.


MADU

Pastikan ibu-ibu mengambil madu di dalam menu harian kerana madu juga berupaya meningkatkan Hb.

KURMA


Kurma mengandungi asid folik yang boleh membantu pembentukan sel yang sempurna untuk pembesaran janin dalam kandungan sekaligus menaikkan Hb.


BUAH KERING ATAU KISMIS
Semua buah-buahan kering ini bukan sahaja sedap dan sihat, malahan ia turut memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.

🌹🌹🌹

Semoga entri kali ini memberi manfaat buat ibu hamil yang ingin menaikkan Hb.

Selain menjaga pemakanan, Saheera juga akan cadangkan pengambilan suplemen yang boleh bantu naikkan Hb.

Untuk info lanjut boleh hubungi Saheera di nombor tertera.😊

🌹🌹🌹



Luv,

Saheera : 011 1955 5328

Id Shaklee: 1241112

Pengedar Shaklee Bebas

Area Tambunan-Ranau Sabah


PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK ANDA, RUNDINGAN/ KONSULTASI TERBAIK. BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR CARA DAN JADUAL MAKAN VITAMIN DISERTAKAN DENGAN LENGKAP.

COD AREA TAMBUNAN-RANAU SABAH

POSLAJU SERATA MALAYSIA, LUAR NEGARA PUN BOLEH



 "testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan"








10 comments:

  1. Ibu hamil perlukan nutrisi yang lengkap bagi pertumbunan bayi yang sempurna.

    ReplyDelete
  2. Good info. Ibu hamil boleh ambil makanan ni untuk naikkn hb

    ReplyDelete
  3. ibu hamil sangat perlu ambil mknan yg ada zat besi utk naik kn hb

    ReplyDelete
  4. Info yg sngat berguna

    ReplyDelete
  5. Sesuai ni share sebab rmaai kawan2 tgh pregnant sekarang

    ReplyDelete
  6. Bahaya kurang HB ni sebab boleh menyebabkan kecacatan bayi dan juga keguguran.

    ReplyDelete
  7. Saya amalkan tu buah delima + lobak merah dan juga set tambah shaklee..

    ReplyDelete
  8. Masa pregnant anak nombor dua, saya amalkan buah kurma dan makan banyak brokoli 👍🏼

    ReplyDelete

 LOW IMUN DAN MUDAH JATUH SAKIT? Why not amalkan suplemen Vitamin C sebiji sehari? PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE Ia terbukti melalui kajian bole...