20180413

TIPS ATASI MASALAH SEMBELIT ANAK

TIPS ATASI SEMBELIT ANAK


Masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak memang merisaukan. Kesian asal popo jak nangis😫

Lepas ni kalau ada anak2 kita yang alami masalah sembelit. Bolehlah try tips di bawah ni.

Semoga bermanfaat untuk semua.😊 



Punca Sembelit Dikalangan Kanak-Kanak
=================================


Ada banyak punca kenapa sembelit teruk ni terjadi antaranya:


1. Diet/ Pemakanan

Anak-anak sekarang sangat terdedah dengan makana ringan. Makanan begini mengandungi banyak bahan pewarna, perisa dan pengawet. Makanan begini juga mengandungi kandungan zat dan fiber yang rendah.


2. Menahan Daripada Membuang

Ramai kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 2 tahun yang lebih suka bermain dan sayang sangat nak tinggalkan permainan mereka. So, bila dah seronok bermain mereka ni tidak kisah nak buang air besar, sanggup tahan dan teruskan bermain.


3. Ketidakselesaan/ Ketakutan

Kanak-kanak yang pernah alami sembelit mungkin mengelak nak pergi ke tandas sebab takut dengan kesakitan dan ketidakselesaan semasa membuang. Masalahnya apabila ditahan, najis akan berkumpul dengan lebih banyak dan menjadi besar di bahagian rektum. Ini menyebabkan proses membuang air besar jadi lebih susah dan situasi ni akan berulang lagi.



4. Perubahan Rutin

Rutin yang berubah boleh menyebabkan anak mengelak untuk ke tandas. Contohnya apabila pergi outing atau holiday, ada anak-anak yang tak selesa nak guna tandas lain sebab tak sama macam yang di rumah.



5. Kurang Pergerakan Fizikal

Anak-anak yang kurang bergerak atau bersenam asyik tengok tv je daripada pagi sampai malam lebih mudah nak kena sembelit berbanding anak yang kerap berlari dan bermain.



6. Masalah Kesihatan

Perubahan selera makan contohnya akibat sakit perut boleh mempengaruhi pemakanan anak dan menyebabkan sembelit berlaku.



7. Pengambilan Ubat

Sesetengah ubatan dan supplement yang mengandungi zat besi yang tinggi boleh menyebabkan sembelit.



8. Keadaan Fizikal

Begitu juga kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal di bahagian pinggang ke bawah dan mengalami kesukaran bergerak juga lebih mudah mengalami sembelit.


☘☘☘

Untuk atasi masalah ni, boleh cuba Tips di bawah.



Sediakan pemakanan yang lebih sihat dan seimbang serta kaya dengan fiber. 

Sebolehnya setiap kali makan pastikan ada karbohidrat (nasi), protein (lauk), sayuran dan buah-buahan. 

Kalau anak jenis yang susah nak makan sayur, boleh buat jus buah atau jus sayur. 

Buahan yang mengandungi sorbitol seperti prune, mangga, pear dan sayuran, brokoli, kacang peas serta bijiran boleh membantu melancarkan pembuangan.



Pastikan juga anak kerap minum air dalam sehari.

Boleh sediakan botol air dan sentiasa letakkan berhampiran dengan anak. 

Sambil main pun boleh minum. 

Elakkan makanan yang boleh memburukkan keadaan sembelit seperti makanan berlemak.


Pastikan setiap hari anak keluar bermain selama 30 atau 60 minit. 

Banyak bergerak membantu kelancaran usus dan memudahkan pembuangan. 

Untuk anak yang lebih kecil seperti bayi dan toddler, boleh cuba baringkan anak, pegang kedua-dua belah kaki dan gerakkan kaki dia seperti tengah kayuh basikal.



Galakkan anak untuk menggunakan tandas dengan lebih kerap dalam sehari. 

Bawa anak ke tandas setiap kali selepas makan atau bila anak ada tanda-tanda seperti hendak ke tandas. 

Gunakan tandas cangkung atau potty training bowl sebab kedudukan mencangkung membantu menolak najis keluar dengan lebih mudah. 

Temankan anak semasa dalam tandas dan galakkan anak meneran selama lebih kurang 10 minit.

Dalam masa yang sama cipta pengalaman yang menarik dan lebih positif supaya anak gembira pergi ke tandas. 

Sediakan mainan kesukaan yang anak boleh pegang hanya ketika dalam tandas. 





Bagi anak yang sudah atau baru mula minum susu formula, mungkin boleh kurangkan kepekatan susu semasa membancuh.

Atau tukar kepada jenama lain yang mungkin lebih sesuai dengan perut anak.

Susu kambing lagi bagus daripada susu lembu😘





Sekiranya semua tips sudah dicuba tapi anak tetap alami sembelit teruk dengan agak kerap, atau tetap tak dapat buang air besar dalam tempoh banyak hari.  Bawa anak berjumpa doktor.

Doktor mungkin akan cadangkan ubat yang bersesuaian. 

Kalau dah ambil ubat pun tak berkesan juga, mungkin doktor akan buat pemeriksaan lanjut untuk kenal pasti apa masalah sebenar yang anak hadapi.




Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin C, magnesium, Vitamin B5 (pantothenic acid) dalam pemakanan harian boleh menyebabkan sembelit. 

Oleh itu pengambilan supplement boleh membantu mengisi kelompongan vitamin dalam diet harian anak. 

Dalam masa sama kuatkan sistem imun anak. 

Anak-anak kita ni makan kadang-kadang memilih. Cerewet pulak tu. 

Jadi pemakanan anak jadi tak seimbang sebab dia makan apa yang dia suka saja.


=======================

Saheera harap perkongsian ni akan membantu ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah sembelit pada anak.

Untuk tips lain boleh baca entri Saheera pada masa akan datang.


Pengedar Shaklee Bebas
Area Tambunan-Ranau Sabah
ID No: 1241112



Hubungi Saheera : 01119555328

9 comments:

  1. Ya.. Setuju dengan pengambilan air yang cukup,dan suplemen tu..

    ReplyDelete
  2. Ya.. Setuju dengan pengambilan air yang cukup,dan suplemen tu..

    ReplyDelete
  3. Mealshakes pilihan saya untuk anak-anak

    ReplyDelete
  4. Tabiat menahan nak buang air besar tu bikin geram 😤

    ReplyDelete
  5. Anak sy dulu pun sembelit teruk mujur mealshakes banyak bantu untuk melawaskan

    ReplyDelete

 LOW IMUN DAN MUDAH JATUH SAKIT? Why not amalkan suplemen Vitamin C sebiji sehari? PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE Ia terbukti melalui kajian bole...